Cuaca di Macau
Suhu: °C Humi: %
Halaman Utama > Informasi > Tip Pelancongan >
Saiz Tulisan: A | A | A
Tip Pelancongan

Muat Turun

Apabila anda sedang membuat persediaan perjalanan, sentiasa meneliti butiran dengan terperinci untuk memastikan ia bebas daripada sebarang masalah dan menyeronokkan. Seperti kata pepatah, "setiap sen mempunyai nilainya". Semasa membuat pemilihan pakej pelancongan, bukan harga sahaja yang perlu dipertimbangkan. Kepercayaan dan kualiti perkhidmatan agensi pelancongan juga perlu diambil kira.

Sebelum berangkat, memeriksa jadual perjalanan anda adalah satu tindakan yang bijak untuk melihat sama ada ia sudah merangkumi pelbagai aktiviti / barangan yang Macao sediakan.

1. Dapatkan jadual perjalanan anda secara terperinci. Bertanya kepada agensi pelancongan anda berkenaan dengan semua maklumat perjalanan, terutama jadual perjalanan. Anda juga harus ingat untuk meminta resit.
2. Sudahkah anda membeli insurans perjalanan yang bersesuaian? Insurans perjalanan adalah sebagai sandaran untuk perjalanan anda agar anda boleh mengecapi ketenangan minda.
3. Adakah anda tahu siapakah agensi penerima? Ia adalah sangat penting untuk mempunyai butiran perhubungan agensi penerima terlebih dahulu agar anda boleh menghubungi mereka sekiranya perlu. Agensi pelancongan dan pemandu pelancong berlesen yang hanya layak untuk menerima pelancong berkumpulan  di Macao. Bas pelancongan mesti menunjukkan identiti agensi penerima, manakala pemandu pelancong mesti memakai kad ID kerja mereka yang dikeluarkan oleh Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao.
4. Jika kumpulan anda akan tinggal di Macao, adakah anda tahu di mana anda akan menginap? Hotel di Macao dilesenkan mengikut sistem taraf bintang (i.e.) hotel disenaraikan mengikut kategori seperti berikut: 2-bintang, 3-bintang, 4-bintang, 5-bintang dan 5-bintang mewah. Secara umumnya, harga hotel berbeza-beza mengikuti tarafnya, dengan perkhidmatan yang berbeza dan kualiti kemudahan yang disediakan.
5. Aktiviti bersiar-siar manakah yang telah dimasukkan ke dalam perjalanan anda? Macao dipenuhi dengan kekayaan sejarahnya, warisan budaya yang berbaloi untuk dinikmati secara terperinci. Semak jadual anda untuk tempat-tempat yang akan dilawati supaya anda boleh mempersiapkan diri dengan lawatan yang memuaskan.
6. Bagaimana dengan persediaan makanan semasa perjalanan anda? Selain dari warisan bersejarah dan kebudayaan, Di Macao terdapat restoran-restoran berlesen yang menawarkan pelbagai hidangan. Dapatkan maklumat makanan untuk memastikan ia sesuai dengan anda.
7. Merancang untuk pergi membeli-belah? Semua jenis barangan dan cenderamata boleh didapati di Macao. Apabila memilih barangan, ingat secara amnya kualiti dan harga adalah seimbang antara satu sama lain walaupun diskaun terendah boleh ditawarkan. Macao adalah sebuah ekonomi yang bebas; sebagai contoh, harga ditetapkan sendiri oleh peruncit. Barangan yang sama boleh didpatkan pada harga yang berbeza diantara peruncit yang lain. Apabila anda membeli-belah ingat untuk meminta resit dan mengenal pasti penjual - dan bertanya tentang terma dan syarat-syarat yang dikenakan ke atas pemulangan barangan.
8. Dalam perjalanan sentiasa melihat kepada masa yang mana anda mungkin perlu untuk diri sendiri, supaya anda boleh menyusun beberapa aktiviti peribadi di Macao. Ia adalah sangat mudah untuk mengelilingi bandar kecil ini.

Nasihat ini diberikan bersama anda dalam fikiran, dan adalah menjadi harapan kami bahawa ianya akan membantu anda mempunyai satu masa yang indah di Macao!

Nombor-nombor Talian Berguna:
- Hotline Bantuan Pelancongan 24-Jam: +853 2833 3000
- Majlis Pengguna: +853 8988 9315
- Direktori Pertanyaan: 181
 
Dikemaskini pada: 25/07/2016