Cuaca di Macau
Suhu: °C Humi: %
Saiz Tulisan: A | A | A
Apa yang anda perlu tahu mengenai Musim Taufan

Musim taufan bermula pada Mei dan berakhir pada Oktober, dimana ia mencapai tahap maksimum pada Julai hingga September. 


Isyarat Siklon Tropika

Pada masa ini, Isyarat Siklon Tropika Macao disenaraikan sebagai isyarat no. 1, no.3, no. 8, no.9 dan no. 10, bergantung kepada kekuatan angin.

Isyarat Siklon Tropika

Tanda dan Isyarat Lampu

Definisi Isyarat Siklon Tropika

Amaran Keselamatan

Isyarat No. 1

Langkah berjaga-jaga. Siklon tropika berpusat dalam linkungan 800 km dari Macao dan mungkin menjejaskan Macao.

- Menyediakan langkah-langkah pencegahan dan memberikan tumpuan kepada maklumat terkini mengenai siklon tropika.

Isyarat No. 3

Semasa di bawah pengaruh siklon tropika, angin kuat yang berkelajuan 41 hingga 62 km/j dijangka atau bertiup dan tiupan kencang boleh melebihi 110 km/j di Macao.

- Hujan lebat akan menyebabkan ribut sementara berserta angin kencang mungkin berlaku di Macao. Orang berada di kawasan lapang perlu berhati-hati. Pemandu kenderaan perlu memberi perhatian kepada keadaan angin kencang dan keselamatan pemanduan.

Isyarat No.8TL

Siklon tropika bergerak menghala ke Macao. Angin kuat yang berkelajuan 63 hingga 117 km/j dijangka atau bertiup dan tiupan kencang boleh melebihi 180 km/j di Macao.  Isyarat No. 8 dibahagikan kepada Isyarat No.8TL, Isyarat No.8TG, Isyarat No.8BD, Isyarat No.8BL, bagi menunjukkan kemungkinan arah angin bagi tempoh masa beberapa jam yang akan datang.

- Berada di dalam bangunan. Menjauhkan diri dari pintu dan tingkap yang terbuka. Secara berterusan memberikan perhatian kepada maklumat terbaru mengenai siklon tropika.

- Menangguhkan semua aktiviti luaran dan marin.

- Jambatan merentasi laut akan ditutup pada bila-bila masa. Orang ramai perlu memberi perhatian kepada notis terkini.

- Memberi perhatian kepada isu dan mesej terbaru Amaran Luruan Ribut.

Isyarat No.8TG

Isyarat No.8BD

Isyarat No.8BL

Isyarat No.9

Siklon tropika semakin menghampiri Macao. Di Macao, angin kuat yang berkelajuan 63 hingga 117 km/j bertiup dan bertambah kencang/dijangka meningkat dengan ketara.

- Menangguhkan semua aktiviti luaran dan marin.

- Berada di dalam bangunan. Menjauhkan diri dari pintu dan tingkap yang terbuka.

- Siklon tropika akan memberi kesan yang serius ke atas Macao.

- Keadaan akan menjadi reda sementara bermaksud siklon tropika berpusat di kawasan berdekatan dan dijangka akan berlaku kemunculan semula angin kencang secara tiba-tiba. Tempat yang terlindung dari angin kencang pada asalnya juga boleh terdedah. Orang awam dinasihatkan agar tidak terleka dan sentiasa memberikan perhatian kepada mesej terbaru siklon tropika.

- Memberi perhatian kepada isu dan mesej terbaru Amaran Luruan Ribut.

Isyarat No.10

Pusat siklon tropika telah hampir dan akan terus melanda  Macao Angin kencang yang berterusan dengan kelajuan melebihi 118 km/j dijangka atau bertiup di Macao, disertai tiupan angin yang kencang.

 


Luruan Ribut

Mengikut ciri geografi, rekod sejarah paras air dan ciri meteorologi Wilayah Pentadbiran Khas Macao, amaran “Luruan Ribut” terbahagi kepada lima tahap seperti yang berikut:

Amaran Luruan Ribut Definisi Amaran Luruan Ribut Nasihat Amaran Keselamatan
Amaran Tahap Pertama / Biru Paras air dijangka berada di bawah 0.5 meter di atas paras jalan raya.

- Mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengalihkan objek ke tempat yang tidak terdedah kepada banjir;

- Elak meletakkan kereta di kawasan yang terdedah kepada banjir atau tempat pakir bawah tanah;

- Bekalan elektrik mungkin terjejas akibat banjir dan terputus, elakkan penggunaan lif;

- Elakkan menuju ke kawasan-kawasan yang terjejas oleh banjir, seperti ruang bawah tanah dan daerah kawasan rendah;

- Memberi perhatian kepada maklumat  “Luruan Ribut” dengan teliti.

Amaran Tahap Kedua / Kuning Paras air dijangka bertukar dari 0.5 hingga 1.0 meter di atas paras jalan raya.
Amaran Tahap Ketiga / Oren Paras air dijangka bertukar dari 1.0 hingga 1.5 meter di atas paras jalan raya.

- Mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengalihkan objek ke tempat yang tidak terdedah kepada banjir;

- Jangan letak kereta di kawasan yang terdedah kepada banjir atau tempat letak kereta bawah tanah;

- Bekalan elektrik mungkin terjejas akibat banjir dan terputus, elakkan penggunaan lif;

- Elakkan menuju ke kawasan-kawasan yang terjejas oleh banjir, seperti ruang bawah tanah dan daerah kawasan rendah; kerana air laut akan naik ke jalan dengan pantas dan menyebabkan paras air meningkat secara mendadak;

- Berada di kawasan yang selamat dan tinggi, menjauhkan diri dari daerah kawasan rendah seperti tingkat bawah tanah dan tempat letak kereta bawah tanah;

- Memberi perhatian kepada maklumat  “Luruan Ribut” dengan teliti.

Amarah Tahap Keempat / Merah Paras air dijangka bertukar dari 1.5 hingga 2.5 meter di atas paras jalan raya.
Amaran Tahap Kelima / Hitam Paras air dijangka bertukar melebihi 2.5 meter dari paras jalan raya.

Semua angka dalam jadual di atas adalah berdasarkan tahap jalan di Porto Interior.

 


Tempat Perlindungan Keselamatan

Semenanjung Macao 1 Centro de Acolhimento da Ilha Verde
Avenida do Conselheiro Borja
2 Pavilhão Polidesportivo Tap Seac - pavilhão A
Rua de Ferreira do Amaral
3 Pavilhão Polidesportivo Tap Seac - pavilhão B
Rua de Ferreira do Amaral
4 Instituto Salesiano
Rua de S. Lourenço, no.16
5 Escola Estrela do Mar
Rua do Padre António, no.36
6 Pavilion of Escola Luso-Chinesa Técnico Profissional
Rua Primeiro de Maio
7 Escola Secundária Pui Ching
Avenida Horta e Costa, no.7
8 Pavilhão Polidesportivo do Instituto Politécnico de Macau
Rua de Luís Gonzaga Gomes
9 Colégio Mateus Ricci
Travessa de S. Paulo, no.1A
Taipa 10 Centro de Acolhimento da Taipa
Rua do Regedor, Taipa
11 Centro de formação do Ed. "César Fortune"
Estrada Coronel Nicolau de Mesquita, Taipa
12 Centro Desportivo Olímpico
Avenida Olímpica, Taipa
Coloane 13 Centro de Formação das Águias Voadoras
Rua da Cordoaria, no.46, Coloane
14 Escola Superior das Forças de Segurança de Macau
Calçada do Quartel, Coloane
15 Centro de Acção Social da Taipa e Coloane
Seac Pai Van, Coloane
16 Nave Desportiva dos Jogos da Ásia Oriental de Macau
Avenida da Nave Desportiva (Praça dos Jogos da Ásia Oriental)

 


Maklumat Berguna

Maklumat Cuaca dan Berita Biro Meteorologi dan Geofizikal Macao
http://www.smg.gov.mo/smg/e_index.htm
Biro Maklumat Kerajaan
http://www.gcs.gov.mo/index.php?PageLang=E
Perkhidmatan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Macao
http://www.macau-airport.com/en
Perkhidmatan Penumpang Laut  TurboJET
https://www.turbojet.com.hk/en/
Cotai Water Jet
https://www.cotaiwaterjet.com/index.html
Yuet Tung Shipping Co., Ltd.
http://www.ytmacau.com/index.php
Pengangkutan Bandar Biro Pengangkutan
http://www.dsat.gov.mo/
Perlindungan Awam Perkhidmatan Polis Bersepadu
http://www.spu.gov.mo/index.php?m=content&c=index&a=show&catid=157&id=8&lang=tw

  

Pelan pemindahan di kawasan rendah semasa luruan ribut taufan (Versi Bahasa Inggeris) Pelan pemindahan di kawasan rendah semasa luruan ribut taufan (Versi Bahasa Inggeris)

Pelan pemindahan di kawasan rendah semasa luruan ribut taufan
(Versi Bahasa Inggeris)

Dikemaskini pada: 05/10/2018