Cuaca di Macau
Suhu: °C Humi: %
Halaman Utama > Hiburan dan Pertunjukan > Hiburan Keluarga >
Saiz Tulisan: A | A | A
Hiburan Keluarga
Boling dan Luncur Ais
Boling dan Luncur Ais
Boling dan Luncur Ais
Boling dan Luncur Ais

Permainan boling dan luncur ais menduduki senarai teratas untuk hiburan tertutup bersama keluarga dan rakan-rakan. Sama ada bermain untuk suka-suka atau bersaing, bunyi balingan bola boling dan pin atau hentakan bilah kayu di atas ais semuanya menambahkan lagi keseronokan hiburan keluarga dalam persekitaran moden yang dibina serba-lengkap.

Future Bright Amusement Park
Di Semenanjung Macao, anda boleh mencari pusat boling dan kemudahan meluncur yang komprehensif di Amusement Park Bright Future, serta terdapat arked pusat permainan, taman permainan kanak-kanak dan restoran. Future Bright Skating Rink popular dikalangan remaja dan pasukan hoki ais tetapi terbuka kepada semua tahap dan peringkat umur. Pakaian khas tidak diperlukan dan kasut ais untuk disewa disediakan.

Alamat: Lai Hou Garden, R/C, Praça de Luís de Camões (Near Camões Garden)
Waktu dibuka: Boling - Setiap hari 10 pagi - 1 pagi; Luncur Ais - Setiap hari 10:00 pagi - 10:30 malam
Tel: +853 2895 3399
Laman Web: http://www.futurebrightgroup.com.mo/eng/other-entertain.php

Bowling Centre in Cotai
Pusat boling ini telah dirasmikan pada bulan Oktober 2005, mengambil tempat seluas 5830 meter persegi. Ini adalah kemudahan boling kelas pertama - terletak sebelah ikonik Macao East Asian Games Dome - memenuhi standard pertandingan antarabangsa dan telah menjadi tarikan kepada kedua-dua penduduk tempatan dan pengunjung.

Alamat: Complexo Desportivo Internacional do Cotai
Waktu dibuka:  2 petang - 11 malam (Isnin - Jumaat); 9 pagi - 11 malam (Hujung minggu dan cuti umum)
Tel: +853 2886 5017
Laman Web: http://www.sport.gov.mo/en/vbs/searchvenue/type/show/id/18

    • Peta
Dikemaskini pada: 09/05/2019