Cuaca di Macau
Suhu: °C Humi: %
Halaman Utama > Hiburan dan Pertunjukan > Hiburan Keluarga >
Saiz Tulisan: A | A | A
Hiburan Keluarga
Muzium Komunikasi
Muzium Komunikasi
Muzium Komunikasi
Muzium Komunikasi

Muzium Komunikasi Biro Pos dan Telekomunikasi Macao adalah satu tempat yang mempunyai ciri-ciri budaya, sains dan teknologi. Dengan kepercayaan "Berani bereksperimen, Berani untuk menemui, Muzium menggalakkan pelawat menikmati "Pembelajaran yang menarik di Muzium Komunikasi".

Pengunjung boleh mendapatkan maklumat di tempat menyambut tetamu dan kedai-kedai mengenai pemeran, aktiviti dan kemudahan untuk disewa, membeli setem Macao kegemaran mereka dan mendapatkan perkhidmatan pos dan pemindahan wang. Galeri Pos dan pengumpulan setem mempamerkan koleksi yang berkaitan dengan sejarah Pos Macao yang terdiri daripada artifak-artifak, koleksi setem dan barangan Pos yang berharga. Galeri Telekomunikasi mempersembahkan pameran yang interaktif dan berbentuk kajian di Muzium ini. Pengunjung akan memahami perkembangan cara dan teknik komunikasi serta peranti dan teknologi yang digunakan. Pameran luaran pula terletak di teres bersebelahan Taman D. Maria II. Pengunjung boleh menikmati pemandangan indah Macao dan Kubu D. Maria II yang dibina pada tahun 1852 (Dinasti Qing, Xianfeng tahun ke-2 - satu-satunya kubu lama yang menggunakan jambatan gantung sebagai pintu masuk.

Alamat: Estrada de D. Maria II, no. 7, Macau
Waktu dibuka: Dari 9:00 pagi hingga 5:30 petang. Ditutup pada hari cuti umum.
Tiket: MOP10 – Perseorangan / MOP50 - Pemegang Kad Pelajar (ISIC or local) / MOP7 seorang bagi pelawat berkumpulan 15 orang ke atas / Percuma - Penduduk Tempatan Macao, Lawatan berkumpulan bagi pelajar tempatan ditempah oleh pihak sekolah, Kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah dan Pemegang Kad Pengenalan Guru tempatan atau antarabangsa (ITIC), Pelatih dan Pemandu Pelancong, ahli ICOM, Warga emas dan Pemegang kad orang kurang upaya yang dikeluarkan oleh Biro Kebajikan Masyarakat.
Pertanyaan telefon: +853 2871 8063 / 28718570
Emel: info@cmm.gov.mo
Laman web: http://www.cmm.gov.mo

Laluan bas berdekatan:  2, 2A, 6A, 18, 18B
    • Peta
    • Masukkan ke dalam rancangan percutian anda
Dikemaskini pada: 30/04/2019