Cuaca di Macau
Suhu: °C Humi: %
Halaman Utama > Hiburan dan Pertunjukan > Hiburan Keluarga >
Saiz Tulisan: A | A | A
Hiburan Keluarga
Pusat Sains Macao
Pusat Sains Macao
Pusat Sains Macao
Pusat Sains Macao

Pusat Sains Macao direka oleh “Mr. I.M. Pei and Pei Partnership Architects” arkitek terkenal dunia. Dengan keluasan 20,000 meter persegi, Pusat Sains Macao terdiri daripada Pusat Pameran, Planetarium dan Pusat Konvensyen.

Pusat Pameran
Galeri ini meliputi topik-topik Sains untuk kanak-kanak, teknologi, alam sekitar dan gaya hidup. Pameran ini bertujuan untuk menyediakan pameran interaktif yang menarik, berorientasikan pengetahuan dan saintifik, ini membolehkan para pelawat menerokai pameran sains dengan ciri-ciri yang berbeza.

Planetarium
Planetarium pertama di dunia yang dilengkapi dengan sistem unjuran 3D dan ultra tinggi definisi 8,000 x 8,000 piksel, dan mampu memainkan persembahan interaktif secara langsung dan dome filem dalam bentuk 3D. Dengan pangkalan data astronomi dalam masa sebenar ia dapat membawa penonton mengembara secara bebas di ruang angkasa dan masa.

Pusat Konvensyen
Pusat Konvensyen merangkumi Dewan Konvensyen pelbagai fungsi dan 4 bilik mesyuarat. Ia dilengkapi dengan kemudahan profesional audio-visual, tafsiran system serentak dan peralatan video persidangan.

Alamat: Avenida Dr. sun Yat Sen, Macau
Waktu dibuka: 10:00 pagi hinga 6:00 petang (Tiket hanya boleh didapati sehingga 5:30 petang, ditutup pada hari Khamis dan Malam Tahun Baru Cina, dibuka pada hari cuti umum). Dibuka setiap hari bagi bulan Julai dan Ogos.
Tiket: Pusat Pameran - MOP25
Planetarium (2D Dome/2D Sky Shows) - MOP60
Planetarium (3D Dome/3D Sky Shows) - MOP80
Kemasukan percuma untuk kanak-kanak di bawah 2 tahun
Tel: +853 2888 0822
Fax: +853 2888 0855
E-mel: info@msc.org.mo
Laman web: http://www.msc.org.mo

Laluan bas berdekatan:  3A, 3AX, 5X, 8, 10A, 12, N2
    • Peta
    • Foto Panorama
    • Masukkan ke dalam rancangan percutian anda
Dikemaskini pada: 30/04/2019