Cuaca di Macau
Suhu: °C Humi: %
Halaman Utama > Hiburan dan Pertunjukan > Hiburan Keluarga >
Saiz Tulisan: A | A | A
Hiburan Keluarga
Macao Giant Panda Pavilion dan Pavilion Haiwan Terpelihara
Macao Giant Panda Pavilion dan Pavilion Haiwan Terpelihara
Macao Giant Panda Pavilion dan Pavilion Haiwan Terpelihara
Macao Giant Panda Pavilion dan Pavilion Haiwan Terpelihara

Macao Giant Panda Pavilion terletak di pinggir bukit di Taman Seac Pai Van Park, Coloane dan berbentuk kipas dengan keluasan 3,000 meter persegi. Ia direka bertujuan untuk menggabungkan bentuk muka bumi semula jadi dengan ciri-ciri seni bina.

Pavilion ini merangkumi dua kawasan akitiviti yang tertutup, kedua-duanya berkeluasan 330 meter persegi dan sebuah halaman berkeluasan 600 meter persegi sebagai tempat kediaman Giant Panda. Terdapat juga sebuah kawasan tertutup yang berkeluasan 900 meter persegi bagi tujuan pameran. Dua laluan tinjau dengan aras ketinggian berbeza di sepanjang kawasan aktiviti tertutup yang boleh memuatkan dua barisan pelawat. Kemudahan di dalam pavilion ini termasuklah sebuah pusat logistik dengan kawasan kediaman panda, kawasan pembersihan dan penyimpanan batang buluh, bilik penyediaan makanan, gudang makanan, pusat kawalan, klinik veterinar dan sebagainya.

Pavilion Haiwan Terpelihara terletak di dalam Taman Seac Pai Van, Coloane dan berfungsi sebagai pusat pemuliharaan binatang terancam. Tiga kawasan aktiviti tertutup dan dua kawasan aktiviti luar membentuk kawasan pameran dengan keluasan yang selesa untuk aktviti dua panda merah. Terdapat banyak jenis tumbuh-tumbuhan yang ditanam di dalam kawasan aktiviti dengan tujuan untuk menyerupai suasana seperti habitat liar panda merah. Suhu di dalam pavilion dikawal untuk sentiasa dalam lingkungan 25°C, memberikan suhu persekitaran yang paling selesa bagi panda merah. Kemudahan memanjat seperti batang hinggap juga terdapat di dalam kawasan akitiviti di mana panda merah boleh berlatih memanjat.

Pusat Informasi dan Kedai Cenderahati Giant Panda terletak di dalam taman ini juga. Pusat Informasi Giant Panda adalah sebuah bangunan dua tingkat dengan kemudahan serba guna termasuk bilik video, ruang pameran, ruang membaca dan ruang rangkaian interaktif. Pusat ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman orang awam terhadap Giant Panda. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai pusat informasi Giant Panda, pameran, kelas khas dan banyak aktiviti-aktiviti lain juga kerap diadakan di sini. Kedai Cenderahati Giant Panda yang menjual hadiah dan cenderahati berkaitan Giant Panda adalah terletak berdekatan dengan pintu masuk Taman Seac Pai Van. Terdapat banyak koleksi hadiah Giant Panda yang boleh dipilih oleh pelawat-pelawat termasuk anak patung lembut, beg, pakaian, alat tulis, barangan rumah dan sebagainya. Yuran kemasukan adalah diperlukan untuk masuk ke dalam Macao Giant Panda Pavilion dan Pavilion Haiwan Terpelihara.

Waktu dibuka: Macao Giant Panda Pavilion dan Pavilion Haiwan Terpelihara – 10:00 pagi hingga 1:00 petang, 2:00 petang hingga 5:00 petang (kemasukan terakhir pada 4:45 petang). Ditutup pada hari Isnin (ditutup pada hari berikutnya sekiranya hari Isnin adalah hari cuti awam).
Pusat Informasi Macao Giant Panda Pavilion – 10:00 pagi hingga 5:00 petang
Pusat Cenderahati Macao Giant Panda – 9:30 pagi hingga 5:30 petang

Alamat: Macao Giant Panda Pavilion, Taman Seac Pai Van
Kemasukan: MOP10. Percuma bagi kanak-kanak berumur 12 tahun dan kebawah dan warga emas berumur 65 tahun dan kebawah.
Tel: +853 2888 0087
Laman web: http://www.macaupanda.org.mo

Laluan bas berdekatan:  15, 21A, 25, 26, 26A, 50, N3
    • Peta
    • Foto Panorama
    • Masukkan ke dalam rancangan percutian anda
Dikemaskini pada: 30/04/2019