Cuaca di Macau
Suhu: °C Humi: %
Halaman Utama > Hiburan dan Pertunjukan > Hiburan Keluarga >
Saiz Tulisan: A | A | A
Hiburan Keluarga
Anim’Arte NAM VAN
Anim’Arte NAM VAN
Anim’Arte NAM VAN
Anim’Arte NAM VAN

Diuruskan bersama oleh Biro Hal Ehwal Kebudayaan, Biro Sukan, Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao dan Institut Pengajian Pelancongan, "Anim'Arte NAM VAN" mengubah Nam Van Lakeside Plaza menjadi pusat riadah tasik dengan kelainan tersendiri yang menggabungkan pusat kreativiti, riadah dan tempat makan. Projek ini bertujuan untuk menyediakan penduduk dan pelancong dengan pengalaman pelancongan yang berpelbagai, sekali gus meningkatkan penawaran produk pelancongan kebudayaan Macao.

Kreativiti
M Dimensions
Sebuah kedai budaya dan kreativiti yang kecil dan menyatukan gaya semula jadi dengan gaya industri, M Dimensions membawa lebih tiga puluh jenama budaya dan kreatif Macao, dengan beratus produk unik dan halus buatan Macao. Ia juga menguruskan aktiviti seni dan budaya seperti bengkel, persembahan, dan pameran.
Waktu dibuka: 11:00-22:00

Amazing Creation & Collection
Amazing Creation & Collection adalah khusus untuk barangan buatan tangan dengan ciri-ciri Macao, dan adalah sebuah kedai untuk mempelajari sejarah Macao, memahami idea rakyat Macao, dan mengalami kebudayaan unik bandar itu. Tambahan lagi, ia menempatkan bengkel di hujung minggu untuk memberikan anda pengalaman kebudayaan yang unik
Waktu dibuka: 11:00-22:00

Smiling Workshop
Bagi menggalakkan organisasi kebajikan untuk lebih melibatkan diri dalam industru kebudayaand dan kreativiti, Biro Hal Ehwal Kebudayaan bekerjasama dengan dua organisasi kebajikan yang termasuk di dalam Pengkalan Maklumat Industri Kebudayaan dan Kreativiti Macao, iaitu Persatuan Fuhong Macai dan Caritas Macau, dalam membina kedai d oli Nam Van Lakeside Plaza untuk menjual produk asli yang dihasilkaneh artisan-artisan kurang upaya. Kedai ini berfungsi sebagai tapak untuk memmberi tenaga baru kepada industri kebudayaan dan kreativiti Macao
Waktu dibuka: 11:00-21:00, ditutup pada hari Selasa & Hari Cuti Wajib

Happy Art Studio
Sebuah anak syarikat Persatuan Fuhong Macau, Happy Art Studio adalah tempat bagi mereka yang memerlukan kemudahan istimewa untuk memepelajari seni dan mejual produk seni yang dihasilkan oleh artisan-artisan kurang upaya. Bertujuan untuk menggalakkan kesenian bagi komuniti istimewa ini, studio ini menawarkan kursus-kursus berbeza sebagai medium terapeutik, merangsang peserta-peserta untuk membebaskan potensi kesenian mereka, mengatasi stigma sosial dan menggalakkan keharmonian dan keterbukaan massyarakat
Waktu dibuka: 10:00-22:00

Kafe dan Bistro
Café New Green View
Waktu perniagaan:11:00-22:00

Seek Your Choice Bistro
Waktu perniagaan: 11:00-22:30

Rekreasi
Bot Kayuh
Waktu dibuka: 11:00-18:00
(Waktu dibuka dilanjutkan ke 19:00 dari Jun hingga September)
Bayaran: Bot Kayuh dengan 2 tempat duduk: MOP20 setiap 30 minit. / Bot Kayuh dengan 4 tempat duduk: MOP40 setiap 30 minit.
Kanak-kanak di bawah 5 tahun tidak dibenarkan untuk menggunakan bot kayuh. Kanak-kanak berumur antara 5 dan 12 tahun tidak dibenarkan untuk menggunakan bot kayuh kecuali ditemani oleh orang dewasa.

Air Pancut Cybernetic Tasik Nam Van
Waktu pertunjukan: 21:00-21:30 & 22:00-22:30 setiap Sabtu dan Ahad

Tempat Paparan Grafiti

Loading...

Laluan bas berdekatan:  6B, 9, 9A, 18, 18B, 23, 28B, 32, 32T, N2
    • Peta
Dikemaskini pada: 17/08/2018