Cuaca di Macau
Suhu: °C Humi: %
Halaman Utama > Rancang Perjalanan > Sebelum Anda Melancong >
Penginapan

Nikmati perjalanan yang menyenangkan di Macao, menginap di tempat penginapan yang berlesen


Apabila melawat Macao, menginaplah di hotel atau rumah penginapan berlesen, jangan menginap di "tempat penginapan tidak sah" dikendalikan tanpa lesen.

Jangan tinggal di penginapan tidak sah

  • "Tempat penginapan tidak sah" premis ini kebiasaanya mempunyai masalah dengan keselamatan ancaman kebakaran, kebersihan, keselamatan dan keselamatan bangunan. Untuk keselamatan anda jangan menginap di "penginapan tidak sah"
  • Apabila rumah penginapan yang tidak berlesen di bawah penyiasatan oleh pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang, penghuni perlu bekerjasama untuk memberi maklumat yang berkaitan
  • Penghuni yang enggan untuk bekerjasama akan dikenakan denda sebanyak $ 3000 patacas
  • Pelancong yang tidak membayar denda yang dikenakan dalam tempoh masa yang ditetapkan akan dilarang dari memasuki semula Macao
  • Penghuni yang memberi maklumat palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang

Bagaimana untuk mengenal pasti Tempat Penginapan tidak sah

  • Pada masa ini, tiada "Hostel Keluarga" atau "B&B" (Bed and Breakfast) yang berlesen di Macao
  • Semua hotel-hotel, rumah tetamu atau inns yang mempunyai lesen dikeluarkan oleh Pejabat Kerajaan Pelancongan Macao, lesen tersebut akan dipaparkan didalam ruang premis penginapan tersebut.
  • Jika anda meragui tentang kesahihan premis yang anda menginap, sila semak dengan Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao dengan menghubungi +853 2833 3000
  • Anda juga boleh melawati laman web Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao untuk mengetahui maklumat mengenai hotel berlesen, rumah tetamu atau rumah tumpangan: www.macaotourism.gov.mo