Cuaca di Macau
Suhu: °C Humi: %
Terma dan Syarat

Laman web ini telah ditubuhkan bagi promosi dan pembangunan Pelancongan Macao. Maklumat yang disiarkan di laman web ini mengandungi bahan dari Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao dan pihak ketiga, dan ia disediakan untuk rujukan orang ramai sahaja.

Sebelum menggunakan laman web anda mesti membaca dengan teliti terma-terma dan syarat-syarat. Dengan melawat dan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk menjadi terikat dan mematuhi terma-terma dan syarat-syarat.

1. Hakcipta
Melainkan dinyatakan sebaliknya, Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao atau pembekalnya memiliki hak cipta dan apa-apa hak lain dalam semua bahan-bahan di laman web ini. Bahan di laman web ini, termasuk semua maklumat, logo, grafik, peta, fotografi, video-klip dan filem tidak boleh disalin, dihasilkan semula, diubah, diterbitkan, disebarkan, dimuat naik atau ditiru sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, melainkan kebenaran secara nyata diberi oleh Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao.

Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao tidak memberikan apa-apa hak yang tersurat atau tersirat kepada anda berkenaan dengan mana-mana cap dagang, hak cipta atau maklumat proprietari lain.

2. Lesen terhad
Laman web ini dan bahan-bahan yang terletak di atasnya disediakan untuk kegunaan peribadi atau organisasi, bukan komersil sahaja.Anda boleh memuat turun, menyimpan dalam cache, memaparkan, mencetak dan menghasilkan semula kandungan laman web ini iaitu, teks, grafik dan gambar, dalam bentuk yang tidak diubah hanya untuk kegunaan peribadi, bukan komersial atau penggunaan dalam organisasi anda selagi anda mengenalpasti Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao sebagai sumber. Anda tidak boleh menggunakan bahan-bahan tersebut dengan cara yang mungkin mengelirukan atau memperdayakan mana-mana pihak.

3. Penafian
Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao berusaha untuk memastikan bahawa maklumat yang terkandung di dalam laman web ini adalah tepat, lengkap dan terkini, tetapi tiada jaminan secara nyata atau tersirat, diberikan sebagai ketepatan atau kesempurnaannya dan kami tidak akan menerima apa-apa liabiliti bagi kesilapan atau peninggalan. Mana-mana orang yang bercadang untuk menggunakan maklumat ini dinasihatkan untuk mengesahkan ketepatannya dengan Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao atau pihak yang berkaitan dengan maklumat tersebut, sebelum bertindak atas maklumat itu.

Sebarang rujukan dalam laman web ini kepada mana-mana acara, produk atau perkhidmatan, tidak merupakan atau menandakan sokongan kami atau cadangan dalam apa jua cara. 

4. Perubahan pada Laman web
Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao boleh pada bila-bila masa, mengikut budi bicara mutlaknya, meminda, menukar, menambah atau mengubah terma dan syarat tanpa notis atau liabiliti kepada anda.

Ia adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyemak maklumat yang dipaparkan pada laman sesawang ini secara kerap untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

Perubahan dilakukan dengan serta-merta, dan lawatan anda yang seterusnya ke laman sesawang ini dianggap sebagai persetujuan kepada syarat-syarat yang telah diubah dan dikemaskini.

5. Pautan kepada Laman Web Pihak Ketiga
Laman web ini mungkin mengandungi pautan hiperteks, frames atau rujukan lain kepada pihak lain dan laman web mereka. Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao tidak mengawal kandungan pautan yang terdapat pada laman web mereka, dan tidak membuat sebarang jaminan pada ketepatan, kesesuaian atau kewujudan sebarang maklumat yang diperuntukkan di pautan tersebut.

Pautan ke laman web lain adalah untuk tujuan kemudahan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai persetujuan kami atau kelulusan laman yang dipaut oleh kami. Penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan laman-laman web yang dipautkan adalah atas risiko anda sendiri.

6. Undang-undang dan Bidang Kuasa
Terma dan syarat ini akan ditafsirkan dan dikuatkuasakan selaras dengan undang-undang Pentadbiran Khas Republik Rakyat China Wilayah Macao. Dengan menggunakan laman ini, anda bersetuju kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Macao.