Cuaca di Macau
Suhu: °C Humi: %
Dasar Privasi

1. Pengumpulan dan Pemprosesan Data Bukan Peribadi
Apabila anda melawat laman web kami, sistem komputer Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao ("MGTO") akan mengumpul data anda, termasuk nama domain anda, alamat IP dan rantau; sistem kami juga akan merekodkan halaman yang anda lawati di laman web kami, masa dan tarikh lawatan anda serta nama domain laman web yang mengarahkan anda ke laman web kami melalui pautan, dan sebagainya.

Secara umum, kami akan menggunakan maklumat yang dinyatakan di atas hanya untuk menyusun statistik. Hanya dalam kes-kes kegiatan haram (contohnya menyerang laman web kami), kami boleh memberikan data yang dikumpul kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang untuk penyiasatan jenayah. Pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang boleh menggunakan data tersebut untuk mengesan dan membawanya ke muka pengadilan.

2. Pengumpulan dan Pemprosesan Data Peribadi
Apabila anda melanggan surat berita di laman web kami, kami akan menggunakan alamat e-mel yang anda berikan kepada kami untuk tujuan menghantar surat berita sahaja.

Dalam tempoh penggunaan anda terhadap perkhidmatan elektronik di laman web kami, anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat peribadi anda sebagaimana yang diperlukan oleh perkhidmatan kami. Apabila memproses data ini, kakitangan kami akan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi di Wilayah Pentadbiran Khas Macao. Pemprosesan data peribadi anda akan dikawal selia di bawah langkah-langkah kerahsiaan, dan data selamat diarkibkan. Data peribadi yang dikumpul akan disimpan  selafi ia diperlukan bagi tujuan semasa diperolehinya, atau sehingga akhir tempoh simpanan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Semua data akan dipadamkan dengan sewajarnya selepas itu.

3. Perlindungan Data Peribadi
Laman web kami akan mengambil langkah-langkah keselamatan maklumat yang mencukupi untuk memastikan data peribadi anda dilindungi semasa penghantaran dan penyimpanan semasa penghantaran dilakukan di laman web kami kami.

Sila ambil perhatian, semasa penghantaran e-mel dilakukan melalui rangkaian awam anda mengambil risiko tertentu seperti data peribadi anda mungkin dapat dilihat, dipintas atau digunakan oleh pihak ketiga tanpa kebenaran. Oleh itu, kami mencadangkan bahawa anda jika boleh menggunakan kaedah lain bagi mengemukakan pertanyaan, aduan atau permohonan yang mempunyai maklumat data peribadi.

 4.Pautan Luar
Laman web kami mengandungi pautan luar ke laman web entiti-entiti kerajaan atau institusi-institusi lain. Kandungan laman web tersebut ditubuhkan dan disenggarakan oleh entiti-entiti berkenaan. Laman web kami menyediakan pautan ini kepada pengguna sebagai perkhidmatan tambahan. Apabila kamu masuk ke laman web yang lain dengan membuka pautan yang disediakan, anda secara automatik telah meninggalkan laman web kami. Laman-laman web yang anda lawati tidak dikawal oleh pernyataan privasi bagi laman web kami. Syarat-syarat dan dasar privasi laman web berkenaan juga mungkin berbeza daripada laman web kami. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk membaca polisi privasi laman web ini terlebih dahulu. MGTO tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh laman web berkenaan.

 5. Perubahan kepada Dasar Privasi
Jika dasar privasi ini mempunyai perubahan, kami akan menyiarkan versi terkini bagi menggantikan versi sedia ada dan menyatakan tarikh dikemaskini dipenghujung dasar privasi tanpa sebarang notis.

Nota: Bahasa Cina dan Portugis adalah bahasa rasmi untuk Wilayah Pentadbiran Khas Macao, manakala semua versi bahasa lain adalah terjemahan dan untuk rujukan sahaja.

 

Dikemaskini pada: 13/05/2016